http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

ABDULLAH BIN JAHSY (Mohon Agar Telinga dan Hidungnya Putus)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWXbmLFij5RfUcEVekGihIwxhV8TPrB3wNtp9ltVRShUEniiG7qKAL2Ubo1Sx4AfVCiWX1AXWTCaqMqkre9P2nIT7z5gWe-Rh6BjzUbLOtPBpGr38Fdmc8oW_mxIPG4lvNxHbj8lW5LO0/s1600/mujahid.jpg
(Gambar Hiasan)

Ath-Thabrani meriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqash radiallahu ‘anhu, bahawasanya Abdullah bin Jahsy radiallahu ‘anhu pada perang Uhud berkata, "Mengapa kamu tidak berdoa kepada Allah?" Kemudian dia pergi ke suatu pojok. Dia memanggil Sa’ad lalu Sa’ad pun berdoa, "Ya Rabbi, Sekiranya aku dipertemukan dengan musuh, maka pertemukanlah aku dengan musuh yang bertubuh besar, pemberani dan penuh emosi, aku akan memerangi dia sebagaimana dia memerangiku. Kemudian Ya Rabbi, berilah aku kemenangan dengan mampu membunuhnya lalu aku mengambil rampasannya."

Abdullah bin Jahsy mengamini lalu dia pun memanjatkan doa, "Ya Allah, pertemukanlah aku dengan musuh yang kuat dan pemberani sehingga aku akan membunuhnya di jalanMu dan dia juga memberikan tentangan kepadaku, kemudian dia berhasil menguasaiku dengan menebas hidung dan telingaku. Sehingga kelak, ketika aku datang menghadapMu, Engkau akan bertanya kepadaku, 'Siapa yang menebas hidung dan telingamu ini?' Maka ketika itu aku akan menjawab, 'Semua ini aku lakukan di jalan-Mu dan kerana rasulMu semata.' Dan Engkau akan membenarkan ucapanku."

Sa’ad berkata, "Wahai anakku, Doa Abdullah bin Jahsy lebih bagus daripada doaku. Pada siang hari peperangan itu, aku benar-benar melihatnya terbunuh sementara hidung dan telinganya tergantung pada seutas tali." (Al-Haitsami berkata, 9/303, "Perawinya adalah perawi yang shahih.")

Diposting oleh: Abu Thalhah Andri Abdul Halim, di nukil dari “99 Kisah Orang Shalih”

http://alsofwah.or.id/?pilih=lihatkisah&id=231

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign