http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

KT- MENGAMALKAN TAUHID DENGAN SEBENAR BENARNYA DAPAT MENYEBABKAN MASUK SYURGA TANPA HISAB

BAB 3
MENGAMALKAN TAUHID DENGAN SEBENAR BENARNYA DAPAT MENYEBABKAN MASUK SYURGA TANPA HISAB

  Firman Allah I :

]إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ [ (120) سورة النحل
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif (berpegang teguh pada kebenaran ), dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang syirik (An-Nahl: 120 )
] والذين هم بربهم لا يشركون [
“Dan orang orang yang tidak mensyirikkan Rabb mereka (sesuatu apapun )”. ( . Al Mu’minun, 59 )

   Husain bin Abdurrahman berkata: “Suatu ketika aku berada di sisi  Said bin Zubair, lalu dia bertanya : “Siapa di antara kalian melihat bintang yang jatuh semalam ?, Kemudian aku menjawab : “Aku ”, kemudian kataku : “ Ketahuilah, sesungguhnya aku ketika itu tidak melaksanakan solat, kerana aku disengat kalajengking”, lalu dia bertanya kepadaku : “Lalu apa yang kau lakukan ?”, Aku menjawab : “Aku minta di ruqyah ([1])”, dia bertanya lagi : “Apa yang mendorong kamu melakukan hal itu ?”, Aku menjawab : “Iaitu : Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asy-Sya’by kepada kami”, dia bertanya lagi : “Dan apakah hadis yang disebutkan kepadamu itu ?”, Aku menjawab : “Dia menyebutkan hadis kepada kami daripada Buraidah bin Hushaib :
" لا رقية إلا من عين أو حمة "
“Tidak boleh Ruqyah kecuali kerana  ain ([2]) atau terkena sengatan”.

   Said pun berkata : “Sungguh telah berbuat baik orang yang telah mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi Ibnu Abbas menyebutkan hadis kepada kami dari Rasulullah r, baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :

" عرضت علي الأمم، فرأيت النبي معه الرهط، والنبي معه الرجل والرجلان، والنبي وليس معه أحد، إذ رفع لي سواد عظيم، فظننت أنهم أمتي، فقيل لي : هذا موسى وقومه، فنظرت فإذا سواد عظيم، فقيل لي : هذه أمتك، ومعهم سبعون ألفا يدخلون الجنة بغير حساب ولا عذاب، ثم نهض فدخل منزله، فحاض الناس في أولئك، فقال بعضهم : فلعلهم الذي صحبوا رسول الله r، وقال بعضهم : فلعلهم الذين ولدوا في الإسلام فلم يشركوا بالله شيئا، وذكروا أشياء، فخرج عليهم رسول الله r فأخبروه، فقال :" هم الذين لا يسترقون ولا يتطيرون ولا يكتوون وعلى ربهم يتوكلون " فقام عكاشة بن محصن فقال : ادع الله أن يجعلنى منهم، فقال : أنت منهم، ثم قال رجل آخر فقال : ادع الله أن يجعلني منهم، فقال r :" سبقتك عكاشة ".
   “Telah diperlihatkan kepadaku beberapa umat, lalu aku melihat seorang Nabi, bersamanya sekelompok orang, dan seorang Nabi, bersamanya satu dan dua orang saja, dan Nabi yang lain lagi tanpa ada seorangpun yang menyertainya, tiba tiba diperlihatkan kepadaku sekelompok orang yang ramai jumlahnya, aku menyangka bahawa mereka itu umatku, tetapi dikatakan kepadaku : bahawa mereka itu adalah Musa dan kaumnya, tiba tiba aku melihat lagi sekelompok orang yang lain yang jumlahnya sangat besar, maka dikatakan kepadaku : mereka itu adalah umatmu, dan bersama mereka ada 70 000 ( tujuh puluh ribu ) orang  yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diseksa lebih dahulu, kemudian baginda bangkit dan masuk ke dalam rumahnya, maka orang orang pun memperbincangkan tentang siapakah mereka itu ?, Ada diantara mereka yang berkata : Barangkali mereka itu orang orang yang telah menyertai Nabi dalam hidupnya, dan ada lagi yang berkata : Barang kali mereka itu orang orang yang dilahirkan dalam lingkungan Islam hingga tidak pernah menyekutukan Allah dengan sesuatupun, dan yang lainnya menyebutkan yang lain pula.
Kemudian Rasulullah r keluar dan merekapun memberitahukan hal tersebut kepada beliau. Maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “Mereka itu adalah orang-orang yang tidak pernah minta ruqyah, tidak melakukan tathoyyur ([3]) dan tidak pernah meminta lukanya ditempel besi yang dipanaskan, dan mereka pun bertawakkal kepada tuhan mereka, kemudian Ukasyah bin Muhshon berdiri dan berkata : Mohonkanlah kepada Allah  agar aku termasuk golongan mereka, kemudian Rasul bersabda : “Ya, engkau termasuk golongan mereka”, Kemudian seseorang yang lain berdiri juga dan berkata : Mohonkanlah kepada Allah  agar aku juga termasuk golongan mereka, Rasul menjawab : “Kamu sudah di dahului oleh Ukasyah”( HR. Al-Bukhari dan Muslim )

Kandungan  bab ini :
1-Mengetahui adanya tingkatan tingkatan manusia dalam bertauhid.
2-Pengertian mengamalkan  tauhid dengan semurni-murninya.
3-Pujian Allah kepada Nabi Ibrahim, kerana beliau tidak pernah melakukan kemusyrikan.
4-Pujian Allah kepada tokoh para wali Allah (para sahabat Rasulullah) kerana bersihnya diri mereka  dari kemusyrikan.
5-Tidak meminta ruqyah, tidak meminta supaya lukanya ditempeli  dengan besi yang panas, dan tidak melakukan tathoyyur adalah termasuk pengamalan tauhid yang murni.
6-Tawakkal kepada Allah adalah sifat yang mendasari sikap tersebut.
7-Dalamnya ilmu para sahabat, kerana mereka mengetahui bahawa orang-orang yang dinyatakan dalam hadis tersebut  tidak akan mendapatkan kedudukan yang demikian tinggi kecuali dengan adanya pengamalan.
8-Semangatnya para sahabat untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan amal  kebaikan.
9-Keistimewaan  umat Islam dengan kuantiti dan kualitinya.
10-Keutamaan para pengikut Nabi Musa.
11-Umat umat terdahulu telah ditampakkan kepada Nabi Muhammad r.
12-Setiap umat dikumpulkan bersama para Nabinya.
13-Sedikitnya orang orang yang mengikuti ajakan para Nabi.
14-Nabi yang tidak mempunyai pengikut akan datang sendirian pada hari kiamat.
15-Manfaat dari pengetahuan ini adalah tidak takjub dengan jumlah yang banyak dan tidak kecil hati dengan jumlah yang sedikit.
16-Diperbolehkan melakukan ruqyah disebabkan terkena ain dan sengatan.
17-Luasnya ilmu para ulama salaf, hal itu boleh diketahui dari ucapan Said bin Zubair : “Sungguh telah berbuat baik orang  yang  mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi …”, dengan demikian jelaslah  bahawa hadis yang pertama tidak bertentangan dengan hadis yang kedua.
18-Kemuliaan sifat para ulama salaf, kerana ketulusan hati mereka, dan mereka tidak memuji seseorang dengan pujian yang dibuat buat.
19-Sabda Nabi : “Engkau termasuk golongan mereka” adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian Beliau.
20-Keutamaan Ukasyah.
21-Penggunaan kata sindiran ([4]).
22-Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad r.

Nota kaki:
([1])Ruqyah, maksudnya di sini, ialah : jampi-jampian atau penyembuhan dengan bacaan ayat ayat Al-Quran atau doa doa.
([1])Ain, iaitu : pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, melalui pandangan matanya. Disebut juga penyakit mata.
([1] )Tathoyyur ialah : merasa pesimis, merasa bernasib sial, atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lainnya atau apa saja.
([1] )Kerana baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda kepada seseorang : “Kamu sudah kedahuluan Ukasyah”, dan tidak bersabda kepadanya : “Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke dalam golongan mereka”.



([1])Ruqyah, maksudnya di sini, ialah : penyembuhan dengan bacaan ayat ayat Al-Quran atau doa doa.
([2])Ain, iaitu : pengaroh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, melalui pandangan matanya. Disebut juga penyakit mata.
([3] )Tathoyyur ialah : merasa pesimis, merasa bernasib sial, atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lainnya atau apa saja.
([4] )Kerana baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda kepada seseorang : “Kamu sudah kedahuluan Ukasyah”, dan tidak bersabda kepadanya : “Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke dalam golongan mereka”.

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign