
Kitab at-Tauhid, Shaikh Muhammad Bin Abdul Wahab
BAB 1
TAUHID
[ HAKIKAT DAN KEDUDUKANNYA ]
Firman Allah I :
]وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون[ِ (الذريات:56)
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah ([1]) kepadaKu.” ( Adz –Dzariyat, 56 ).
])وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوت[(النحل: من الآية36)
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyeru) “ Beribadalah kepada Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut” ([2]) .” (An – Nahl, 36 ).
] وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا[
“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepadaNya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sudah tua, maka janganlah kamu berkata kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Al – Isra’, 23- 24).
] قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلاَّ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ مِنْ إِمْلاَقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلاَ تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلاَ تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ وَلاَ تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ لاَ نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [
“Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang Tuhanmu haramkan ke atas kamu, iaitu “ Janganlah kamu menyekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka ; dan janganlah kamu mendekati perbuatan perbuatan yang keji, samaada yang nampak mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu Tuhanmu memerintakan kepadamu supaya kamu memahami. Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga dia dewasa. Dan sempurnakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kemampuannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, walaupun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Demikian itu Allah memerintahkan kepadamu agar kamu ingat. Dan bahawa ( yang Kami perintahkan ) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia ; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu Allah memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.” (Al – An’am, 151- 153).
Ibnu Mas’ud t berkata : “Barang siapa yang ingin melihat wasiat Muhammad r yang tertera di atasnya cincin milik beliau, hendaklah membaca firman Allah I : “Katakanlah ( Muhammad ) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu “Janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepadaNya, dan “Sungguh inilah jalanKu berada dalam keadaan lurus, maka ikutilah jalan tersebut, dan janganlah kalian ikuti jalan-jalan yang lain. ([3]) ”
Muaz bin Jabal t berkata :
كنت رديف النبي r على حمار، فقال لي :" يا معاذ، أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله ؟ قلت : الله ورسوله أعلم، قال : حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئا، قلت : يا رسول الله، أفلا أبشر الناس ؟ قال : " لا تبشرهم فيتكلوا ".
“Aku pernah diboncengkan Nabi r di atas keldai, kemudian baginda SAW berkata kepadaku : “ Wahai Muaz, tahukah kamu apakah hak Allah ke atas hamba-hambanya, dan apa hak hamba-hambaNya ke atas Allah ?. Aku menjawab : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”, kemudian baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “Hak Allah ke atas hamba (yang mesti dipenuhi oleh hamba-hambaNya) ialah mereka beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba ke atas Allah (yang pasti dipenuhi oleh Allah) ialah Allah tidak akan menyeksa orang orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya : Ya Rasulullah, bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang-orang ?, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab : “Jangan engkau lakukan itu, (dikhuatiri) mereka bersikap pasrah” ( HR al-Bukhari dan Muslim ).
Pelajaran penting yang terkandung di dalam bab ini :
1-Hikmah diciptakannya jin dan manusia oleh Allah I.
2-Ibadah adalah hakikat ( tauhid ). Punca pertembungan yang terjadi di antara Rasulullah r dengan kaumnya adalah di dalam masalah tauhid ini.
3-Barang siapa yang belum merealisasikan tauhid ini dalam hidupnya, maka dia belum beribadah kepada Allah I. inilah sebenarnya makna firman Allah :
] ولا أنتم عابدون ما أعبد [
“Dan sekali-kali kamu sekalian bukanlah penyembah (Tuhan) yang aku sembah” ( Al Kafirun: 3)
4-Hikmah diutusnya para Rasul [ adalah untuk menyeru kepada tauhid, dan melarang perlakuan syirik ].
5-Misi diutusnya para Rasul adalah untuk seluruh umat.
6-Ajaran para Nabi adalah satu, iaitu tauhid [ mengesakan Allah I saja].
7-Masalah yang sangat penting adalah : Ibadah kepada Allah I tidak akan direalisasikan dengan benar kecuali dengan adanya pengingkaran terhadap thaghut. Inilah maksud firman Allah I :
] فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى [
“Barang siapa yang mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia benar benar telah berpegang teguh kepada tali yang paling kuat” (Al Baqarah: 256).
8-Pengertian thaghut bersifat umum, mencakupi semua yang diagungkan selain Allah .
9-Ketiga ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al – An’am menurut para ulama salaf penting kedudukannya. Di dalamnya ada 10 pelajaran penting, yang pertama adalah larangan berbuat kemusyrikan.
10-Ayat ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al Isra mengandungi 18 masalah, dimulai dengan firman Allah :
] لا تجعل مع الله إلها آخر فتقعد مذموما مخذولا [
“Janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi tercela” ( . Al Isra’, 22 ).
Dan diakhiri dengan firmanNya :
] ولا تجعل مع الله إلها آخر فتلقى في جهنم ملوما مدحورا [
“Dan janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, sehingga kamu dicampakan kedalam neraka jahannam dalam keadaan tercela, dijauhkan (daripada rahmat Allah )” (Al Isra’: 39 ).
Allah mengingatkan kita pula tentang pentingnya masalah ini, dengan firmanNya:
] ذلك مما أوحى إليك ربك من الحكمة [
“Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu” (Al Isra’, 39 ).
11-Satu ayat yang terdapat dalam surat An–Nisa’, disebutkan didalamnya 10 hak, yang pertama Allah memulainya dengan firmanNya:
] واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا [
“Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah ( sahaja ), dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu pun.” ( . An – Nisa’, 36 ).
12-Perlu diingat wasiat Rasulullah r di saat akhir hayat beliau.
13-Mengetahui hak hak Allah yang wajib kita laksanakan.
14Mengetahui hak hak hamba yang pasti akan dipenuhi oleh Allah apabila mereka malaksanakanya.
15-Masalah ini tidak diketahui oleh sebahagian basar para sahabat ([4]).
16-Boleh merahsiakan ilmu pengetahuan untuk kepentingan umum.
17-Dianjurkan untuk menyampaikan berita yang menggembirakan kepada sesama muslim.
18-Rasulullah r merasa khuatir terhadap sikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah.
19-Jawapan orang yang ditanya, sedangkan dia tidak mengetahui adalah : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.
20-Dibolehkan memberikan ilmu kepada orang tertentu saja, tanpa diberika kepada yang lain.
21-Kerendahan hati Rasulullah r, sehingga baginda hanya menaiki keldai, serta mahu memboncengkan salah seorang daripada sahabatnya.
22-Boleh memboncengkan seseorang diatas binatang, jika memang binatang itu kuat.
23-Keutamaan Muaz bin Jabal.
24-Tauhid mempunyai kedudukan yang sangat penting.
Nota kaki:
------------------------------------------
([1] ) Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta’ala dengan mentaati segala perintah Nya dan menjauhi segala laranganNya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Inilah hakikat agama Islam, kerana Islam bermaksud penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.
Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir maupun batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Sesuatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila diniatkan dengan ikhlas kerana Allah semata dan mengikuti sunnahRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
([2] ) Thaghut ialah : setiap yang diagungkan - selain Allah – dengan disembah, ditaati, atau dipatuhi ; baik yang diagungkan itu berupa batu, manusia ataupun syaitan.
Menjauhi thaghut bererti mengingkarinya, tidak menyembah dan memujanya, dalam bentuk dan cara apapun.
([3] )Atsar ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Abi Hatim.
([4] )Tidak diketahui oleh sebahagian besar para sahabat, kerana Rasulullah menyuruh Muaz agar tidak memberitahu hal tersebut kepada meraka, dengan alasan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam khuatir kalau mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah. Sehingga tidak mahu berlumba lumba dalam mengerjakan amal soleh. Maka Muaz pun tidak memberitahu masalah tersebut, kecuali di akhir hayatnya dengan rasa berdosa. Oleh sebab itu, ketika masa hidup Muaz, masalah ini tidak diketahui oleh kebanyakan sahabat.
