http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

KT-Keistimewaan Tauhid Dan Dosa Yang Diampun Kerananya

BAB 2

KEISTIMEWAAN TAUHID
DAN DOSA DOSA YANG DIAMPUNI KERANANYA
Firman Allah I :

] الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم أولئك لهم الأمن وهم مهتدون [

“Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan ([1]) mereka dengan kezaliman ( kemusyrikan ) ([2]), merekalah orang- orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang orang yang mendapat jalan hidayah”, ( . Al An’am, 82).



Ubadah bin Shomit t menyatakan : Rasulullah r bersabda :

" من شهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن عيسى عبد الله ورسوله، وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه والجنة حق والنار حق أدخله الله الجنة على ما كان من العمل " أخرجاه

“Barang siapa yang bersaksi ([3]) bahawa tidak ada sesembahan yang hak (benar) selain Allah saja, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, serta Roh dari padaNya, dan syurga itu benar, neraka itu juga benar, maka Allah pasti memasukkanya kedalam syurga, betapapun amal yang telah dilakukannya”. (HR. Al-Bukhari & Muslim )



Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula hadis daripada Itban t bahawa Rasulullah bersabda :


" فإن الله حرم على النار من قال لا إله إلا الله يبتغي بذلك وجه الله "

“Sesungguhnya Allah I mengharamkan neraka bagi orang orang yang mengucapkan لا إله إلا الله dengan ikhlas dan hanya mengharapkan ( pahala melihat ) wajah Allah”.



Diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri t bahawa Rasulullah r bersabda :

" قال موسى يا رب، علمني شيئا أذكرك وأدعوك به، قال : قل يا موسى : لا إله إلا الله، قال : يا رب كل عبادك يقولون هذا، قال يا موسى : لو أن السموات السبع وعامرهن – غيري – والأرضين السبع في كفة، ولا إله إلا الله في كفـة، مالت بهـن لا إله إلا الله " ( رواه ابن حبان والحاكم وصححه ).

“Musa berkata : “Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk aku mengingatiMu dan berdoa kepadaMu dengannya”, Allah berfirman :” Ucapkan hai Musa لا إله إلا الله ”, Musa berkata : “Ya Rabb, semua hambaMu mengucapkan itu”, Allah menjawab :” Hai Musa, seandainya ketujuh langit serta seluroh penghuninya – selain Aku - dan ketujuh bumi diletakkan dalam satu timbangan dan kalimat لا إله إلا الله diletakkan dalam timbangan yang lain, nescaya kalimat لا إله إلا الله lebih berat timbangannya.” ( HR. Ibnu Hibban, dan imam Hakim sekaligus mensahihkannya ).



Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis (yang menurut penilaianya hadis itu hasan ) daripada Anas bin Malik t dia berkata aku mendengar Rasulullah r bersabda :

" قال الله تعالى : يا ابن آدم، لو أتيتني بقراب الأرض خطايا، ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا، لأتيتك بقرابها مغفرة "

“Allah I berfirman : “Hai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa seluas bumi, dan engkau menemuiku (mati) dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan seluas bumi pula”.



Kandungan bab ini :

1-Luasnya kurnia Allah U.

2-Besarnya pahala tauhid di sisi Allah I.

3-Dan tauhid juga dapat menghapus dosa.

4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surat Al – An’am.

5-Perhatikan kelima masalah yang ada dalam hadis Ubadah.

6-Jika anda menggabungkan antara hadis Ubadah, hadis Itban dan hadis sesudahnya, maka akan jelas bagi anda pengertian kalimat لا إله إلا الله, juga kesalahan orang-orang yang tersesat kerana hawa nafsunya.

7-Perlu diperhatikan syarat-syarat yang disebutkan dalam hadis Itban, ( iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya ).

8-Para Nabipun perlu diingatkan akan keistimewaan لا إله إلا الله .

9-Penjelasan bahawa kalimat لا إله إلا الله berat timbangannya mengungguli berat timbangan seluroh makhluk, sedangkan ramai orang yang mengucapkan kalimat tersebut.

10-Pernyataan bahawa bumi itu tujuh lapis seperti halnya langit.

11-Langit dan bumi itu ada penghuninya.

12-Menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang ada, berbeza dengan pendapat Asya’irah ([4]).

13-Jika anda memahami hadis Anas, maka anda akan mengetahui bahawa sabda Rasul yang ada dalam hadis Itban : “sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka bagi orang orang yang mengucapkan لا إله إلا الله dengan penuh ihlas kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya”, maksudnya adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, bukan hanya mengucapkan kalimat tersebut dengan lisan saja.

14- Nabi Muhammad dan Nabi Isa adalah sama-sama hamba Allah dan RasulNya.

15-Mengetahui keistimewaan Nabi Isa, sebagai Kalimat Allah([5]).

16-Mengetahui bahawa Nabi Isa adalah roh diantara roh-roh yang diciptakan Allah.

17-Mengetahui keistimewaan iman kepada kebenaran adanya syurga dan neraka.

18-Memahami sabda Rasul : “betapapun amal yang telah dikerjakannya”.

19-Mengetahui bahawa timbangan itu mempunyai dua (seperti dacing).

20- Mengetahui kebenaran adanya wajah bagi Allah.

------
Nota kaki:

([1] ) Iman ialah : ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah r.

([2] ) Syirik disebut kezaliman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.

([3] ) Syahadat ialah : persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mahupun batin.

([4] ) Asya’irah adalah salah satu aliran teologi, pengikut Shaikh Abu Hasan Ali bin Ismail Al Asy’ari ( 260 – 324 H = 874 – 936 M ). Dan maksud penulis di sini ialah menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an mahupun As sunnah. Termasuk sifat yang ditetapkan adalah kebenaran adanya wajah bagi Allah, mengikuti cara yang diamalkan kaum salaf soleh dalam masalah ini, iaitu : mengimani kebesaran sifat sifat Allah yang dituturkan Al-Quran dan As sunnah tanpa tahrif, ta’thil, takyif dan tamtsil. Adapun Asya’irah, sebahagian mereka ada yang menta’wilkannya (menafsirinya dengan makna yang menyimpang daripada makna yang sebenarnya ) dengan dalih bahawa hal itu jika tidak dita’wilkan boleh menimbulkan tasybih ( penyerupaan ) Allah dengan makhlukNya, akan tetapi perlu diketahui bahawa Shaikh Abu Hasan sendiri dalam masalah ini telah menyatakan berpegang teguh dengan mazhab salaf soleh, sebagaimana beliaunyatakan dalam kitab yang ditulis di akhir hidupnya, iaitu Al Ibanah ‘an ushulid diyanah (editor : Abdul Qadir Al Arnauth, Bairut, Maktabah Darul Bayan, 1401 H ) bahkan dalam karyanya ini beliau mengkritik dan menyanggah tindakan ta’wil yang dilakukan oleh orang orang yang menyimpang dari mazhab salaf.

([5] ) Kalimat Allah maksudnya bahawa Nabi Isa itu diciptakan Allah dengan firmanNya “Kun” ( jadilah ) yang disampaikan Nya kepada Maryam melalui malaikat Jibril.

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign