http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

Tafsir: Surah Al-Baqarah ayat [11-13]

قال تعالى:وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفسِدُوا فِي اْلأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ {11} أَلاَ إِنَّهُم هُمُ الْمُفِسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ {12} وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَا ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَاءَامَنَ السُّفَهَاءُ أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِن لا َيَعْلَمُونَ {13}
 


“ Dan bila di katakan kepada mereka:’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi’. Mereka menjawab:’Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan’.(11). Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. (12). Apabila di katakan kepada mereka:"Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab:’Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman’. Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu”. (13). [Q.,s.2/al-Baqarah: 11-13).

Tafsirannya

Ayat 11: Allah memberitahu tentang orang-orang Munafiq bahawa bila salah seorang dari orang-orang beriman berkata kepada mereka : ‘janganlah berbuat kerosakan di muka bumi… (Ays).

Dengan berbuat kemunafikan, setia terhadap orang-orang kafir serta berusaha memisahkan manusia dari beriman kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan Al-Qur’an ; jika kalian melakukan hal itu maka akan terjadi kerosakan di muka bumi berupa binasanya jasad-jasad dan porak porandanya rumah-rumah (Zub). Mereka akan menjawab seraya berkata: ‘sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berbuat kebaikan (kaum reformis), menurut pengakuan mereka. (Ays)

Ayat 12: maka Allah membatalkan pengakuan ini dan menetapkan bahawasanya merekalah satu-satunya orang-orang yang melakukan kerosakan bukan orang-orang beriman yang menentang mereka, namun demikian mereka tidak mengetahui hal itu lantaran hati mereka telah di kuasai oleh kekufuran (Ays).

Manakala Allah telah melarang mereka dari berbuat kerosakan, mereka menjadi kan sifat ash-Shalah (yang hanya boleh terealisasi dengan iman yang shahih dan amal shalih-Ays) hanya khusus bagi mereka saja, maka Allah memberikan jawapan yang amat tegas, yaitu mengembalikan kepada mereka sifat kerosakan tersebut yang sebenarnya khusus di miliki oleh mereka, akan tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka adalah ahlul fasad (pelaku kerosakan) yang sebenarnya kerana prilaku mereka yang memusuhi kebenaran dan orang-orang yang berjalan di atasnya serta perilaku merintangi jalan Allah (Zub).

Ayat 13: Allah juga memberitahu tentang mereka bahawa bila salah seorang dari orang-orang beriman berkata kepada mereka: ‘bersungguh-sungguhlah dalam keimanan kalian dan berimanlah seperti keimanan si fulan dan si fulan seperti Abdullah bin Salam’ ; mereka akan menjawab seraya berkata: ‘apakah kami mesti beriman seperti keimanan as-Sufaha’ (jamak dari as-Safah yaitu orang yang akalnya tipis, tidak dapat mennguruskan suatu urusan dan mengaturnya dengan baik) yang tidak memiliki kejernihan berfikir dan bashirah (Ays).

Mereka menisbatkan as-Safah kepada orang-orang beriman dengan penuh ejekan dan pelecehan sehingga hal itu menyebabkan mereka di catatkan oleh Allah sebagai orang yang memiliki sifat tersebut dan membatasi sifat tersebut dan ketipisan akal hanya buat mereka. (Zub). ….. maka Allah mengembalikan pengakuan tersebut dan menetapkan sifat as-Safah kepada mereka dan menafikannya dari orang-orang memiliki keimanan yang sungguh-sungguh (al-Mukminun ash-Shadiqun) serta (sebaliknya) menyifati mereka dengan sifah bodoh/jahil dan tidak memiliki ilmu pengetahuan (Ays).

Petunjuk ayat

Mencela yang penuh kedustaan dan sifat ini biasanya hanya merupakan salah satu sifat orang-orang Munafik.


Berbuat kebaikan (al-Ishlah) di muka bumi hanya dapat di realisasikan dengan mengamalkan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, sedangkan berbuat kerosakan (al-Ifsad) di atasnya akan terjadi melalui perbuatan maksiat kepada Allah dan RasulNya.


Para pelaku kerosakan di muka bumi selalu berdalih bahawa kerosakan yang mereka lakukan adalah suatu bentuk berbuat kebaikan (al-Ishlah) bukan kerosakan (al-Ifsad)..[Ays].

http://alsofwah.or.id/index.php?pilih=lihatquran&id=9

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign