http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

Wanita, di sebalik kelembutan suaramu!


Di Sebalik Kelembutan
Suaramu

Ummu Ishak Al Atsariyyah

Ummu Affan Nafisah

——————————————————————————————————————

Allah SWT telah memperingatkan:

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا


“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang ma‘ruf.”
(Al Ahzab: 32)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga telah bersabda :

“Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar rumah maka syaitan menghias-hiasinya (membuat indah dalam pandangan lelaki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, dishahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).

Suara merupakan sebahagian daripada wanita sehingga suara termasuk aurat, demikian fatwa yang disampaikan Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdirrahman Al Jibrin sebagaimana dinukil dalam kitab Fatawa Al Mar’ah Al Muslimah (1/ 431, 434)

Para wanita diwajibkan untuk menjauhi setiap perkara yang dapat membawa kepada fitnah. Apabila dia memperdengarkan suaranya, kemudian dengan itu terfitnahlah kaum lelaki, maka seharusnya dia menghentikan ucapannya. Oleh kerana itu para wanita diperintahkan untuk tidak mengeraskan suaranya ketika bertalbiyah. Ketika mengingatkan imam yang keliru di dalam shalatnya, wanita tidak boleh memperdengarkan suaranya dengan bertashbih sebagaimana lelaki, tapi cukup menepukkan tangannya, sebagaimana tuntutan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Ucapan tashbih itu untuk lelaki sedang tepuk tangan untuk wanita”. (HR. Al Bukhari no. 1203 dan Muslim no. 422)

Demikian pula di dalam masalah adzan, tidak disyariatkan bagi wanita untuk mengumandangkannya melalui menara-menara masjid kerana hal itu melazimkan suara yang kuat.

Ketika terpaksa haarus berbicara dengan lelaki kerana ada keperluan, wanita dilarang melembutkan dan memerdukan suaranya sebagaimana larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam surat Al-Ahzab di atas. Dia dibolehkan hanya berbicara seperlunya, tanpa berpanjang-panjang kata melebihi keperluan semula.

Al Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata dalam tafsirnya: “Makna daripada ayat ini (Al-Ahzab: 32), dia berbicara dengan lelaki yang bukan mahramnya tanpa melembutkan suaranya, yakni tidak seperti suaranya ketika berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/491).

Maksud penyakit di dalam ayat ini adalah syahwat (nafsu/keinginan) berzina yang kadang-kadang bertambah kuat di dalam hati ketika mendengar suara lembut seorang wanita atau ketika mendengar ucapan sepasang suami isteri, atau yang semisalnya.

Suara wanita di radio dan teleon

Asy Syaikh Muhammad Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah pernah ditanya: “Bolehkah seorang wanita berkerja sebagai penyiar radio, di mana dia memperdengarkan suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya? Apakah seorang laki boleh bercakap dengan wanita melalui telefon atau secara langsung?”

Asy Syaikh menjawab: “Apabila seorang wanita bekerja di stesen radio maka dapat dipastikan dia akan ikhtilath (bercampur baur) dengan kaum lelaki. Bahkan seringkali dia berdua sahaja dengan seorang lelaki di ruang siaran. Yang seperti ini tidak diragukan lagi kemungkaran dan keharamannya. Telah jelas sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Jangan sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita.”

Ikhtilath yang seperti ini selamanya tidak akan dihalalkan. Terlebih lagi seorang wanita yang bekerja sebagai penyiar radio tentunya berusaha untuk menghiasi suaranya agar dapat memikat dan menarik. Yang demikian inipun merupakan bencana yang wajib dihindari disebabkan akan timbulnya fitnah.

Adapun mendengar suara wanita melalui telefon maka hal tersebut tidaklah mengapa dan tidak dilarang untuk berbicara dengan wanita melalui telefon. Yang tidak diperbolehkan adalah berlazat-lazat (menikmati) suara tersebut atau terus-menerus berbincang-bincang dengan wanita kerana ingin menikmati suaranya. Seperti inilah yang diharamkan. Namun apabila hanya sekadar memberi khabar atau meminta fatwa mengenai suatu permasalahan tertentu, atau tujuan lain yang semisalnya, maka hal ini diperbolehkan. Akan tetapi apabila timbul sikap-sikap lunak dan lemah-lembut, maka ia bertukar menjadi haram. Walaupun seandainya tidak terjadi yang demikian ini, namun tanpa sepengetahuan si wanita, lelaki yang mengajaknya berbual ternyata menikmati dan berlazat-lazat dengan suaranya, maka haram bagi lelaki tersebut dan wanita itu tidak boleh melanjutkan perbualannya apabila dia menyedarinya.

Sedangkan mengajak berbual wanita secara langsung maka tidak menjadi masalah, dengan syarat wanita tersebut berhijab dan aman daripada fitnah. Misalnya wanita yang diajak bicara itu adalah orang yang telah dikenalinya, seperti isteri saudara lelakinya (kakak/adik ipar), atau anak perempuan pakciknya dan yang semisal mereka.” (Fatawa Al Mar‘ah Al Muslimah, 1/433-434).

Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al Jibrin menambahkan dalam fatwanya tentang permasalahan ini: “Wajib bagi wanita untuk bercakap seperlunya melalui telefon, sama sahaja apakah dia yang memulai menelefon atau dia hanya menjawab orang yang menghubunginya melalui telefon, ini kerana dia dalam keadaan terpaksa dan ada faedah yang didapatkan bagi kedua belah pihak di mana keperluan boleh disampaikan padahal tempat saling berjauhan dan terjaga daripada pembicaraan yang mendalam di luar keperluan dan terjaga daripada perkara yang menyebabkan bergeloranya syahwat salah satu daripada kedua belah pihak. Namun yang lebih utama adalah meninggalkan hal tersebut kecuali pada keadaan yang sangat mendesak.” (Fatawa Al Mar`ah, 1/435)

Lelaki berbicara melalui telefon dengan wanita yang telah dipinangnya

Kenyataan yang ada di sekitar kita, apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, keduanya menilai hubungan mereka telah teranggap setengah rasmi sehingga apa yang sebelumnya tidak diperkenankan sekarang dibolehkan. Contoh yang paling mudah adalah masalah pembicaraan antara keduanya secara langsung ataupun melalui telefon. Si wanita memperdengarkan suaranya dengan mendayu-dayu kerana menganggap sedang berbincang dengan calon suaminya, orang yang bakal menjadi kekasih hatinya. Pihak lelaki juga demikian, menyapa dengan penuh kelembutan untuk menunjukkan dia adalah seorang lelaki yang penuh kasih sayang. Tetapi sebenarnya bagaimana timbangan syariat di dalam permasalahan ini?

Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan menjawab:” Tidak apa-apa seorang lelaki berbicara melalui telefon dengan wanita yang telah dipinangnya (di-khitbah-nya), apabila memang pinangannya (khitbah) telah diterima. Dan pembicaraan itu dilakukan untuk saling memahami, sebatas keperluan dan tidak ada fitnah di dalamnya. Namun apabila keperluan yang ada disampaikan melalui wali si wanita maka itu lebih baik dan lebih jauh daripada fitnah. Adapun pembicaraan antara lelaki dan wanita, antara pemuda dan pemudi, sekadar perkenalan (ta‘aruf) –kata mereka- sementara belum ada khithbah di antara mereka, maka ini perbuatan yang mungkar dan haram, mengajak kepada fitnah dan menjerumuskan kepada perbuatan keji. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman:

“Maka janganlah kalian merendahkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang ma‘ruf.” (Al-Ahzab: 32) (Fatawa Al Mar‘ah, 2/605)

(Disusun dan dikumpulkan dari fatwa Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin
oleh Ummu Ishaq Al Atsariyah dan Ummu ‘Affan Nafisah bintu Abi Salim).


Dikutip dari
asysyariah.com dengan penambahan huruf arab

http://aliph.wordpress.com/2007/05/02/156/

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign