http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/284536_250145891669977_150684684949432_988321_5664257_n.jpg

Antara Ibu Bapa Dan Dakwah


Assalamualaikum wbt.

Ini ialah konflik yang sering berlaku. Rakan-rakan sering mengadu mereka tidak dapat sertai aktiviti da'wah kerana perlu pulang ke kampung, ibu bapa tidak membenarkan dan lain-lain.

Saya dihalang oleh ibu bapa saya daripada terlibat dengan sahabat-sahabat karkun.

Di mana penyelesaiannya? Ubat kepada kebodohan ialah ilmu. Ubat kepada kedegilan ialan taat dan taqwa.

Untuk mengubat kebodohan, para dai'e perlu banyak mentelaah ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Para dai'e perlu membaca huraian para ulama' kepada tafsir ayat al-Quran dah hadith tersebut. Para dai'e perlu bijak memilih penghurai. Pilihlah ulama' yang terkenal dengan kehebatan ilmu tafsir dan ilmu hadithnya, yang hebat dalam feqh dan usulnya, yang berpegang pada manhaj yang benar dan selamat iaitu Manhaj Salafussoleh.

Untuk mengubat kedegilan, ialah dengan taat tanpa banyak berkira kepada apa yang tertulis di dalam al-Quran dan al-Hadith. Ya, kedegilan ialah satu perkara yang terjadi walau kita sudah faham dengan al-Quran dan al-Hadith. Saya teringat awal semester ini, saya menyertai demonstrasi anti-Israel dari KLCC ke kedutaan Mesir. Ketika itu saya sudah terfikir-fikir apakah ibu bapa saya akan membenarkan saya berdemo. Dalam masa yang sama, nasihat emak dan abah yang sering menasihati saya agar menjauhi apa-apa jenis demonstrasi pun masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Ya, maksudnya saya sudah faham dan jelas bahawa ibu bapa saya tidak membenarkan saya terlibat dengan apa-apa demonstrasi. Tapi saya degil, semangat membara bencikan Israel dan sayangkan saudara seIslam di Palestin. Lalu saya berdemo. Tamat demo, Allah memberi saya peluang untuk berfikir banyak kali tentang tindakan saya. Apakah iblis sedang menipu saya? Apakah iblis telah mengkaburkan saya hingga menampakkan sesuatu yang hitam sebagai putih, dan yang putih sebagai hitam.

Saya teringat-ingat hadith-hadith yang mana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam mengarahkan agar budak lelaki yang pergi berjihad agar pulang meminta izin kepada ibu bapanya, bahkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyuruhnya pulang dan membuatkan ibu bapa ketawa sebagaimana dia mebuatkan ibu bapanya menangis.

Bila saya teringat akan hadith ini, saya terbayang, apakah nilai demonstrasi yang saya lakukan itu lebih besar daripada perang jihad yang mana syahid menanti bagi mereka berjihad dengan ikhlas lalu mati terbunuh.

Apakah demonstrasi yang saya sertai sebenarnya satu penipuan iblis ke atas saya?

Saya menulis semua ini apabila terbaca tulisan seorang sahabat yang melanggar arahan si ayah hanya kerana mahu pergi ke usrah semata-mata dia seorang naqib.

Ini juga mungkin satu pengajaran kepada kita agar tidak mudah menghukum, menghina dan memerli sahabat-sahabat yang dilihat tidak kencang da'wahnya kerana kekangan daripada ibu bapa.

Dan ia juga satu hal yang menuntut para dai'e agar menjadi kreatif memilih jalan da'wah. Pilihlah jalan da'wah yang diredhai ibu bapa kita. Ibu bapa saya tidak restu saya bersama kumpulan Tabligh, lalu saya tidak sertai mereka untuk keluar berda'wah (tapi abah saya tidak marah saya buat ta'lim di masjid menggunakan Fadhail Amal selepas Asar, ini kisah zaman sekolah dahulu :).

Saya takut kerja da'wah yang kita lakukan akan menjadi senjata iblis yang mengaburi kita hingga kita mengabaikan kewajipan sebagai seorang anak kepada ibu bapa kita.

Wallahua'lam.

0 comments

Leave a Reply

Copyright 2009 Simplex Celebs · All rights reserved · Designed by SimplexDesign