Setiap tahun umat Islam merayakan hari Asyura dengan berpuasa pada 10 Muharam dan 9 Muharam. Bahkan di sesetengah negara, segelintir umat Islam yang terpesong akidahnya menyambut hari tersebut dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya untuk melahirkan rasa cinta dan sedih atas kematian cucu Rasulullah.
Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh dan hukumnya, akan tetapi, jarang sekali kita membicarakan maksud tersirat yang melibatkan akidah Islam di dalam hal ini.
Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu Ketika tiba di Madinah, Rasulullah mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya: Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa? Orang-orang Yahudi tersebut menjawab: Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu, Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Maka Rasulullah berpuasa dan memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR Muslim).
Berdasarkan dalil di atas, kita akan melihat seolah-olah Rasulullah cuba meniru tatacara ibadah kaum Yahudi. Akan tetapi, apabila kita amati hadis yang lain, kita akan dapati bagaimana sensitifnya Rasulullah dalam melakukan perkara yang sama seperti bukan Islam.
Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Lalu baginda menjawab: Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan. (HR Muslim)
Hadis di atas menunjukkan digalakkan bagi umat Islam berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam. Akan tetapi, di dalam hadis ini juga menunjukkan Rasulullah bertegas agar ibadah umat Islam tidak menyerupai ibadah bukan Islam. Lantaran itu, disyariatkan berpuasa pada sembilan Muharam untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.
Hadis ini menunjukkan satu konsep di dalam akidah Islam yang dikenali sebagai al-Wala’ dan al-Bara’. Shaikh Bin Baz di dalam menyatakan bahawa al-Wala’ dan al-Bara’ bermaksud: Mencintai orang-orang yang beriman dan setia kepada mereka, membenci orang-orang kafir dan memusuhi mereka, berlepas diri daripada mereka dan agama mereka.
Salah satu cara berlepas diri daripada orang kafir ialah dengan mengelakkan daripada meniru tingkah laku, mahupun tatacara berpakaian yang menjadi identiti keagamaan mereka. Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadis: Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka. (HR Ahmad dan Abu Daud)
Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql menyebutkan beberapa hikmah di sebalik larangan menyerupai bukan Islam. Antaranya ialah:
1) Semua perbuatan orang kafir pada dasarnya dilakukan di atas asas kesesatan.
2) Dengan meniru orang kafir, maka seorang muslim akan menjadi pengikut mereka. Ia bererti dia telah menentangAllah dan RasulNya. Terdapat peringatan yang sangat keras sekali, sebagaimana Allah berfirman: Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang-orang yang tidak beriman, Kami biarkan dia dengan kesesatannya kemudian Kami seret ke dalam neraka Jahanam. Dan neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali. (QS. An-Nisa’: 115)
3) Meniru orang kafir akan menimbulkan rasa kagum ke atas mereka.
4) Ia akan menimbulkan rasa cinta dan setia kepada orang kafir.
5) Meniru orang kafir akan merendahkan martabat umat Islam dan menyebabkan umat Islam dipandang hina.
Hal ini adalah satu perkara penting yang difahami setiap muslim. Kita melihat bagaimana generasi muda kita sangat suka meniru-niru gaya dari dunia barat. Contohnya meniru gaya artis yang bukan Islam dari segi berpakaian, fesyen rambut dan lain-lain. Apatah lagi terdapat segelintir yang meniru cara berpakaian yang mempunyai identiti bukan Islam, contohnya mempunyai lambang salib pada pakaian dan rantai dan lain-lain.
Konsep al-wala dan al-bara hendaklah ditekankan di dalam pendidikan Islam di sekolah. Subjek akidah di dalam pendidikan Islam hendaklah melahirkan umat Islam yang mempunyai jatidiri. Sedihnya, kadang kala pengajian akidah yang diajar diisi dengan konsep-konsep falsafah yang memeningkan lalu ia gagal melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang cemerlang.
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting di dalam mendidik anak-anak sejak kecil. Usahlah dinyanyikan di telinga anak-anak lagu-lagu yang kadangkaa berkaitan dengan perayaan Krismas dan agama yang lain. Didiklah anak-anak kita supaya mempunyai sifat sensitif terhadap agama mereka.
Pengajian agama di masjid-masjid hendaklah menekankan hal ini. Khutbah-khutbah mesti memberi penekanan untuk memperbaiki akidah umat Islam.
Selagi mana kita gagal memerdekakan diri kita daripada meniru-meniru orang kafir, selagi itulah kita akan dibelenggu penjajahan pemikiran. Selagi itulah umat Islam akan terus dihina dan dihina. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Umat ini pasti akan mengikuti jejak umat-umat sebelumnya, setapak demi setapak, sejengkal demi sejengkal. (HR al-Bukhari dan Muslim). Yang dimaksudkan dengan umat-umat sebelumnya ialah orang Yahudi dan Kristian, dan realitinya itulah yang berlaku dalam dunia Islam zaman sekarang. Nauzubillahi Min Zalik.

MENGAMALKAN TAUHID DENGAN SEBENAR BENARNYA DAPAT MENYEBABKAN MASUK SYURGA TANPA HISAB
Firman Allah I :
]إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ [ (120) سورة النحل
“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif (berpegang teguh pada kebenaran ), dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang syirik (An-Nahl: 120 )
] والذين هم بربهم لا يشركون [
“Dan orang orang yang tidak mensyirikkan Rabb mereka (sesuatu apapun )”. ( . Al Mu’minun, 59 )
Husain bin Abdurrahman berkata: “Suatu ketika aku berada di sisi Said bin Zubair, lalu dia bertanya : “Siapa di antara kalian melihat bintang yang jatuh semalam ?, Kemudian aku menjawab : “Aku ”, kemudian kataku : “ Ketahuilah, sesungguhnya aku ketika itu tidak melaksanakan solat, kerana aku disengat kalajengking”, lalu dia bertanya kepadaku : “Lalu apa yang kau lakukan ?”, Aku menjawab : “Aku minta di ruqyah ([1])”, dia bertanya lagi : “Apa yang mendorong kamu melakukan hal itu ?”, Aku menjawab : “Iaitu : Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asy-Sya’by kepada kami”, dia bertanya lagi : “Dan apakah hadis yang disebutkan kepadamu itu ?”, Aku menjawab : “Dia menyebutkan hadis kepada kami daripada Buraidah bin Hushaib :
" لا رقية إلا من عين أو حمة "
Said pun berkata : “Sungguh telah berbuat baik orang yang telah mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi Ibnu Abbas menyebutkan hadis kepada kami dari Rasulullah r, baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :
" عرضت علي الأمم، فرأيت النبي معه الرهط، والنبي معه الرجل والرجلان، والنبي وليس معه أحد، إذ رفع لي سواد عظيم، فظننت أنهم أمتي، فقيل لي : هذا موسى وقومه، فنظرت فإذا سواد عظيم، فقيل لي : هذه أمتك، ومعهم سبعون ألفا يدخلون الجنة بغير حساب ولا عذاب، ثم نهض فدخل منزله، فحاض الناس في أولئك، فقال بعضهم : فلعلهم الذي صحبوا رسول الله r، وقال بعضهم : فلعلهم الذين ولدوا في الإسلام فلم يشركوا بالله شيئا، وذكروا أشياء، فخرج عليهم رسول الله r فأخبروه، فقال :" هم الذين لا يسترقون ولا يتطيرون ولا يكتوون وعلى ربهم يتوكلون " فقام عكاشة بن محصن فقال : ادع الله أن يجعلنى منهم، فقال : أنت منهم، ثم قال رجل آخر فقال : ادع الله أن يجعلني منهم، فقال r :" سبقتك عكاشة ".
“Telah diperlihatkan kepadaku beberapa umat, lalu aku melihat seorang Nabi, bersamanya sekelompok orang, dan seorang Nabi, bersamanya satu dan dua orang saja, dan Nabi yang lain lagi tanpa ada seorangpun yang menyertainya, tiba tiba diperlihatkan kepadaku sekelompok orang yang ramai jumlahnya, aku menyangka bahawa mereka itu umatku, tetapi dikatakan kepadaku : bahawa mereka itu adalah Musa dan kaumnya, tiba tiba aku melihat lagi sekelompok orang yang lain yang jumlahnya sangat besar, maka dikatakan kepadaku : mereka itu adalah umatmu, dan bersama mereka ada 70 000 ( tujuh puluh ribu ) orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diseksa lebih dahulu, kemudian baginda bangkit dan masuk ke dalam rumahnya, maka orang orang pun memperbincangkan tentang siapakah mereka itu ?, Ada diantara mereka yang berkata : Barangkali mereka itu orang orang yang telah menyertai Nabi dalam hidupnya, dan ada lagi yang berkata : Barang kali mereka itu orang orang yang dilahirkan dalam lingkungan Islam hingga tidak pernah menyekutukan Allah dengan sesuatupun, dan yang lainnya menyebutkan yang lain pula.
Kemudian Rasulullah r keluar dan merekapun memberitahukan hal tersebut kepada beliau. Maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “Mereka itu adalah orang-orang yang tidak pernah minta ruqyah, tidak melakukan tathoyyur ([3]) dan tidak pernah meminta lukanya ditempel besi yang dipanaskan, dan mereka pun bertawakkal kepada tuhan mereka, kemudian Ukasyah bin Muhshon berdiri dan berkata : Mohonkanlah kepada Allah agar aku termasuk golongan mereka, kemudian Rasul bersabda : “Ya, engkau termasuk golongan mereka”, Kemudian seseorang yang lain berdiri juga dan berkata : Mohonkanlah kepada Allah agar aku juga termasuk golongan mereka, Rasul menjawab : “Kamu sudah di dahului oleh Ukasyah”( HR. Al-Bukhari dan Muslim )
Kandungan bab ini :
1-Mengetahui adanya tingkatan tingkatan manusia dalam bertauhid.
2-Pengertian mengamalkan tauhid dengan semurni-murninya.
3-Pujian Allah kepada Nabi Ibrahim, kerana beliau tidak pernah melakukan kemusyrikan.
4-Pujian Allah kepada tokoh para wali Allah (para sahabat Rasulullah) kerana bersihnya diri mereka dari kemusyrikan.
5-Tidak meminta ruqyah, tidak meminta supaya lukanya ditempeli dengan besi yang panas, dan tidak melakukan tathoyyur adalah termasuk pengamalan tauhid yang murni.
6-Tawakkal kepada Allah adalah sifat yang mendasari sikap tersebut.
7-Dalamnya ilmu para sahabat, kerana mereka mengetahui bahawa orang-orang yang dinyatakan dalam hadis tersebut tidak akan mendapatkan kedudukan yang demikian tinggi kecuali dengan adanya pengamalan.
8-Semangatnya para sahabat untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan amal kebaikan.
9-Keistimewaan umat Islam dengan kuantiti dan kualitinya.
10-Keutamaan para pengikut Nabi Musa.
11-Umat umat terdahulu telah ditampakkan kepada Nabi Muhammad r.
12-Setiap umat dikumpulkan bersama para Nabinya.
13-Sedikitnya orang orang yang mengikuti ajakan para Nabi.
14-Nabi yang tidak mempunyai pengikut akan datang sendirian pada hari kiamat.
15-Manfaat dari pengetahuan ini adalah tidak takjub dengan jumlah yang banyak dan tidak kecil hati dengan jumlah yang sedikit.
16-Diperbolehkan melakukan ruqyah disebabkan terkena ain dan sengatan.
17-Luasnya ilmu para ulama salaf, hal itu boleh diketahui dari ucapan Said bin Zubair : “Sungguh telah berbuat baik orang yang mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi …”, dengan demikian jelaslah bahawa hadis yang pertama tidak bertentangan dengan hadis yang kedua.
18-Kemuliaan sifat para ulama salaf, kerana ketulusan hati mereka, dan mereka tidak memuji seseorang dengan pujian yang dibuat buat.
19-Sabda Nabi : “Engkau termasuk golongan mereka” adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian Beliau.
20-Keutamaan Ukasyah.
21-Penggunaan kata sindiran ([4]).
22-Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad r.
Nota kaki:
([1])Ruqyah, maksudnya di sini, ialah : jampi-jampian atau penyembuhan dengan bacaan ayat ayat Al-Quran atau doa doa.
([1])Ain, iaitu : pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, melalui pandangan matanya. Disebut juga penyakit mata.
([1] )Tathoyyur ialah : merasa pesimis, merasa bernasib sial, atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lainnya atau apa saja.
([1] )Kerana baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda kepada seseorang : “Kamu sudah kedahuluan Ukasyah”, dan tidak bersabda kepadanya : “Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke dalam golongan mereka”.
KEISTIMEWAAN TAUHID
DAN DOSA DOSA YANG DIAMPUNI KERANANYA
Firman Allah I :
] الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم أولئك لهم الأمن وهم مهتدون [
“Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan ([1]) mereka dengan kezaliman ( kemusyrikan ) ([2]), merekalah orang- orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang orang yang mendapat jalan hidayah”, ( . Al An’am, 82).
Ubadah bin Shomit t menyatakan : Rasulullah r bersabda :
" من شهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن عيسى عبد الله ورسوله، وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه والجنة حق والنار حق أدخله الله الجنة على ما كان من العمل " أخرجاه
“Barang siapa yang bersaksi ([3]) bahawa tidak ada sesembahan yang hak (benar) selain Allah saja, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, serta Roh dari padaNya, dan syurga itu benar, neraka itu juga benar, maka Allah pasti memasukkanya kedalam syurga, betapapun amal yang telah dilakukannya”. (HR. Al-Bukhari & Muslim )
Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula hadis daripada Itban t bahawa Rasulullah bersabda :
" فإن الله حرم على النار من قال لا إله إلا الله يبتغي بذلك وجه الله "
“Sesungguhnya Allah I mengharamkan neraka bagi orang orang yang mengucapkan لا إله إلا الله dengan ikhlas dan hanya mengharapkan ( pahala melihat ) wajah Allah”.
Diriwayatkan daripada Abu Said Al Khudri t bahawa Rasulullah r bersabda :
" قال موسى يا رب، علمني شيئا أذكرك وأدعوك به، قال : قل يا موسى : لا إله إلا الله، قال : يا رب كل عبادك يقولون هذا، قال يا موسى : لو أن السموات السبع وعامرهن – غيري – والأرضين السبع في كفة، ولا إله إلا الله في كفـة، مالت بهـن لا إله إلا الله " ( رواه ابن حبان والحاكم وصححه ).
“Musa berkata : “Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk aku mengingatiMu dan berdoa kepadaMu dengannya”, Allah berfirman :” Ucapkan hai Musa لا إله إلا الله ”, Musa berkata : “Ya Rabb, semua hambaMu mengucapkan itu”, Allah menjawab :” Hai Musa, seandainya ketujuh langit serta seluroh penghuninya – selain Aku - dan ketujuh bumi diletakkan dalam satu timbangan dan kalimat لا إله إلا الله diletakkan dalam timbangan yang lain, nescaya kalimat لا إله إلا الله lebih berat timbangannya.” ( HR. Ibnu Hibban, dan imam Hakim sekaligus mensahihkannya ).
Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis (yang menurut penilaianya hadis itu hasan ) daripada Anas bin Malik t dia berkata aku mendengar Rasulullah r bersabda :
" قال الله تعالى : يا ابن آدم، لو أتيتني بقراب الأرض خطايا، ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا، لأتيتك بقرابها مغفرة "
“Allah I berfirman : “Hai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa seluas bumi, dan engkau menemuiku (mati) dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan seluas bumi pula”.
Kandungan bab ini :
1-Luasnya kurnia Allah U.
2-Besarnya pahala tauhid di sisi Allah I.
3-Dan tauhid juga dapat menghapus dosa.
4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surat Al – An’am.
5-Perhatikan kelima masalah yang ada dalam hadis Ubadah.
6-Jika anda menggabungkan antara hadis Ubadah, hadis Itban dan hadis sesudahnya, maka akan jelas bagi anda pengertian kalimat لا إله إلا الله, juga kesalahan orang-orang yang tersesat kerana hawa nafsunya.
7-Perlu diperhatikan syarat-syarat yang disebutkan dalam hadis Itban, ( iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya ).
8-Para Nabipun perlu diingatkan akan keistimewaan لا إله إلا الله .
9-Penjelasan bahawa kalimat لا إله إلا الله berat timbangannya mengungguli berat timbangan seluroh makhluk, sedangkan ramai orang yang mengucapkan kalimat tersebut.
10-Pernyataan bahawa bumi itu tujuh lapis seperti halnya langit.
11-Langit dan bumi itu ada penghuninya.
12-Menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang ada, berbeza dengan pendapat Asya’irah ([4]).
13-Jika anda memahami hadis Anas, maka anda akan mengetahui bahawa sabda Rasul yang ada dalam hadis Itban : “sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka bagi orang orang yang mengucapkan لا إله إلا الله dengan penuh ihlas kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya”, maksudnya adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, bukan hanya mengucapkan kalimat tersebut dengan lisan saja.
14- Nabi Muhammad dan Nabi Isa adalah sama-sama hamba Allah dan RasulNya.
15-Mengetahui keistimewaan Nabi Isa, sebagai Kalimat Allah([5]).
16-Mengetahui bahawa Nabi Isa adalah roh diantara roh-roh yang diciptakan Allah.
17-Mengetahui keistimewaan iman kepada kebenaran adanya syurga dan neraka.
18-Memahami sabda Rasul : “betapapun amal yang telah dikerjakannya”.
19-Mengetahui bahawa timbangan itu mempunyai dua (seperti dacing).
20- Mengetahui kebenaran adanya wajah bagi Allah.
------
Nota kaki:
([1] ) Iman ialah : ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah r.
([2] ) Syirik disebut kezaliman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.
([3] ) Syahadat ialah : persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mahupun batin.
([4] ) Asya’irah adalah salah satu aliran teologi, pengikut Shaikh Abu Hasan Ali bin Ismail Al Asy’ari ( 260 – 324 H = 874 – 936 M ). Dan maksud penulis di sini ialah menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an mahupun As sunnah. Termasuk sifat yang ditetapkan adalah kebenaran adanya wajah bagi Allah, mengikuti cara yang diamalkan kaum salaf soleh dalam masalah ini, iaitu : mengimani kebesaran sifat sifat Allah yang dituturkan Al-Quran dan As sunnah tanpa tahrif, ta’thil, takyif dan tamtsil. Adapun Asya’irah, sebahagian mereka ada yang menta’wilkannya (menafsirinya dengan makna yang menyimpang daripada makna yang sebenarnya ) dengan dalih bahawa hal itu jika tidak dita’wilkan boleh menimbulkan tasybih ( penyerupaan ) Allah dengan makhlukNya, akan tetapi perlu diketahui bahawa Shaikh Abu Hasan sendiri dalam masalah ini telah menyatakan berpegang teguh dengan mazhab salaf soleh, sebagaimana beliaunyatakan dalam kitab yang ditulis di akhir hidupnya, iaitu Al Ibanah ‘an ushulid diyanah (editor : Abdul Qadir Al Arnauth, Bairut, Maktabah Darul Bayan, 1401 H ) bahkan dalam karyanya ini beliau mengkritik dan menyanggah tindakan ta’wil yang dilakukan oleh orang orang yang menyimpang dari mazhab salaf.
([5] ) Kalimat Allah maksudnya bahawa Nabi Isa itu diciptakan Allah dengan firmanNya “Kun” ( jadilah ) yang disampaikan Nya kepada Maryam melalui malaikat Jibril.

Kitab at-Tauhid, Shaikh Muhammad Bin Abdul Wahab
BAB 1
TAUHID
[ HAKIKAT DAN KEDUDUKANNYA ]
Firman Allah I :
]وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون[ِ (الذريات:56)
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah ([1]) kepadaKu.” ( Adz –Dzariyat, 56 ).
])وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوت[(النحل: من الآية36)
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyeru) “ Beribadalah kepada Allah (sahaja) dan jauhilah thaghut” ([2]) .” (An – Nahl, 36 ).
] وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا[
“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepadaNya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sudah tua, maka janganlah kamu berkata kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Al – Isra’, 23- 24).
] قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلاَّ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ مِنْ إِمْلاَقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ وَلاَ تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلاَ تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ وَلاَ تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ لاَ نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [
“Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang Tuhanmu haramkan ke atas kamu, iaitu “ Janganlah kamu menyekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka ; dan janganlah kamu mendekati perbuatan perbuatan yang keji, samaada yang nampak mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu Tuhanmu memerintakan kepadamu supaya kamu memahami. Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga dia dewasa. Dan sempurnakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kemampuannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, walaupun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Demikian itu Allah memerintahkan kepadamu agar kamu ingat. Dan bahawa ( yang Kami perintahkan ) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia ; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu Allah memerintahkan kepadamu agar kamu bertakwa.” (Al – An’am, 151- 153).
Ibnu Mas’ud t berkata : “Barang siapa yang ingin melihat wasiat Muhammad r yang tertera di atasnya cincin milik beliau, hendaklah membaca firman Allah I : “Katakanlah ( Muhammad ) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu “Janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepadaNya, dan “Sungguh inilah jalanKu berada dalam keadaan lurus, maka ikutilah jalan tersebut, dan janganlah kalian ikuti jalan-jalan yang lain. ([3]) ”
Muaz bin Jabal t berkata :
كنت رديف النبي r على حمار، فقال لي :" يا معاذ، أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله ؟ قلت : الله ورسوله أعلم، قال : حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئا، قلت : يا رسول الله، أفلا أبشر الناس ؟ قال : " لا تبشرهم فيتكلوا ".
“Aku pernah diboncengkan Nabi r di atas keldai, kemudian baginda SAW berkata kepadaku : “ Wahai Muaz, tahukah kamu apakah hak Allah ke atas hamba-hambanya, dan apa hak hamba-hambaNya ke atas Allah ?. Aku menjawab : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”, kemudian baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “Hak Allah ke atas hamba (yang mesti dipenuhi oleh hamba-hambaNya) ialah mereka beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba ke atas Allah (yang pasti dipenuhi oleh Allah) ialah Allah tidak akan menyeksa orang orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya : Ya Rasulullah, bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang-orang ?, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab : “Jangan engkau lakukan itu, (dikhuatiri) mereka bersikap pasrah” ( HR al-Bukhari dan Muslim ).
Pelajaran penting yang terkandung di dalam bab ini :
1-Hikmah diciptakannya jin dan manusia oleh Allah I.
2-Ibadah adalah hakikat ( tauhid ). Punca pertembungan yang terjadi di antara Rasulullah r dengan kaumnya adalah di dalam masalah tauhid ini.
3-Barang siapa yang belum merealisasikan tauhid ini dalam hidupnya, maka dia belum beribadah kepada Allah I. inilah sebenarnya makna firman Allah :
] ولا أنتم عابدون ما أعبد [
“Dan sekali-kali kamu sekalian bukanlah penyembah (Tuhan) yang aku sembah” ( Al Kafirun: 3)
4-Hikmah diutusnya para Rasul [ adalah untuk menyeru kepada tauhid, dan melarang perlakuan syirik ].
5-Misi diutusnya para Rasul adalah untuk seluruh umat.
6-Ajaran para Nabi adalah satu, iaitu tauhid [ mengesakan Allah I saja].
7-Masalah yang sangat penting adalah : Ibadah kepada Allah I tidak akan direalisasikan dengan benar kecuali dengan adanya pengingkaran terhadap thaghut. Inilah maksud firman Allah I :
] فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى [
“Barang siapa yang mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia benar benar telah berpegang teguh kepada tali yang paling kuat” (Al Baqarah: 256).
8-Pengertian thaghut bersifat umum, mencakupi semua yang diagungkan selain Allah .
9-Ketiga ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al – An’am menurut para ulama salaf penting kedudukannya. Di dalamnya ada 10 pelajaran penting, yang pertama adalah larangan berbuat kemusyrikan.
10-Ayat ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al Isra mengandungi 18 masalah, dimulai dengan firman Allah :
] لا تجعل مع الله إلها آخر فتقعد مذموما مخذولا [
“Janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi tercela” ( . Al Isra’, 22 ).
Dan diakhiri dengan firmanNya :
] ولا تجعل مع الله إلها آخر فتلقى في جهنم ملوما مدحورا [
“Dan janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, sehingga kamu dicampakan kedalam neraka jahannam dalam keadaan tercela, dijauhkan (daripada rahmat Allah )” (Al Isra’: 39 ).
Allah mengingatkan kita pula tentang pentingnya masalah ini, dengan firmanNya:
] ذلك مما أوحى إليك ربك من الحكمة [
“Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu” (Al Isra’, 39 ).
11-Satu ayat yang terdapat dalam surat An–Nisa’, disebutkan didalamnya 10 hak, yang pertama Allah memulainya dengan firmanNya:
] واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا [
“Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah ( sahaja ), dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu pun.” ( . An – Nisa’, 36 ).
12-Perlu diingat wasiat Rasulullah r di saat akhir hayat beliau.
13-Mengetahui hak hak Allah yang wajib kita laksanakan.
14Mengetahui hak hak hamba yang pasti akan dipenuhi oleh Allah apabila mereka malaksanakanya.
15-Masalah ini tidak diketahui oleh sebahagian basar para sahabat ([4]).
16-Boleh merahsiakan ilmu pengetahuan untuk kepentingan umum.
17-Dianjurkan untuk menyampaikan berita yang menggembirakan kepada sesama muslim.
18-Rasulullah r merasa khuatir terhadap sikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah.
19-Jawapan orang yang ditanya, sedangkan dia tidak mengetahui adalah : “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.
20-Dibolehkan memberikan ilmu kepada orang tertentu saja, tanpa diberika kepada yang lain.
21-Kerendahan hati Rasulullah r, sehingga baginda hanya menaiki keldai, serta mahu memboncengkan salah seorang daripada sahabatnya.
22-Boleh memboncengkan seseorang diatas binatang, jika memang binatang itu kuat.
23-Keutamaan Muaz bin Jabal.
24-Tauhid mempunyai kedudukan yang sangat penting.
Nota kaki:
------------------------------------------
([1] ) Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah Ta’ala dengan mentaati segala perintah Nya dan menjauhi segala laranganNya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Inilah hakikat agama Islam, kerana Islam bermaksud penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.
Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir maupun batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Sesuatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila diniatkan dengan ikhlas kerana Allah semata dan mengikuti sunnahRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
([2] ) Thaghut ialah : setiap yang diagungkan - selain Allah – dengan disembah, ditaati, atau dipatuhi ; baik yang diagungkan itu berupa batu, manusia ataupun syaitan.
Menjauhi thaghut bererti mengingkarinya, tidak menyembah dan memujanya, dalam bentuk dan cara apapun.
([3] )Atsar ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Abi Hatim.
([4] )Tidak diketahui oleh sebahagian besar para sahabat, kerana Rasulullah menyuruh Muaz agar tidak memberitahu hal tersebut kepada meraka, dengan alasan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam khuatir kalau mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah. Sehingga tidak mahu berlumba lumba dalam mengerjakan amal soleh. Maka Muaz pun tidak memberitahu masalah tersebut, kecuali di akhir hayatnya dengan rasa berdosa. Oleh sebab itu, ketika masa hidup Muaz, masalah ini tidak diketahui oleh kebanyakan sahabat.