Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Mencari sahabat, bersahabat, berteman untuk menjadi penghibur kehidupan adalah lumrah kehidupan.
Manusia tidak hidup berseorangan, bersendirian. Mereka memerlukan sahabat sebagai tempat meluah perasaan, bersama di dalam banyak waktu (untuk sama jantina sahaja ya).
Tetapi pernahkah kita menilai atas dasar apa dibina persahabatan kita?
Apakah persahabatan kita dibina di atas dasar cinta kepada Allah dan RasulNya? Apakah persahabatan itu terbina dengan berasaskan ketaqwaan kepada Allah?
Soalan ini sungguh abstrak, dan mungkin sukar dijawab.
Tetapi jawapannya ada pada diri kita, dapat kita lihat pada hubungan persahabatan kita dengan sahabat kita.
Apakah persahabatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah? Atau semakin jauh kita daripadaNya?
Apakah masa kita bersama-sama sahabat kita diisi dengan kegiatan berfaedah? Atau diisi dengan membuang masa?
Apakah tatkala berbual-bual dengan sahabat kita, kata-kata yang keluar dari lidah kita ialah yang baik-baik sahaja? Atau perbualan kita dengan sahabat kita dipenuhi dengan fitnah lidah seperti mengumpat, fitnah, mengadu domba, lawak lucah dna lain-lain?
Renung dan hayatilah amaran Allah:
“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az Zukhruf: 67).
Imam Ath Thabari rahimahullah mengatakan:
“Pada hari kiamat kelak, mereka yang saling mencintai di atas dasar kemaksiatan kepada Allah ketika di dunia, akan saling saling bermusuhan. Mereka saling berlepas diri (enggan membantu teman mereka)kecuali mereka yang saling mencintai di atas dasar ketakwaan kepada Allah ta’ala.
-----
Jika kita melihat ada kecacatan pada persahabatan kita. Masih belum terlambat. Ubahlah mulai sekarang.
Penuhi masa bersama dengan saling nasihat menasihati.
Penuhi masa bersama dengan bertadarus, saling memeriksa hafazan al-Quran satu sama lain, saling mentadabbur al-Quran.
Penuhi masa dengan bersama-sama mengajak manusia ke jalan Allah.
[bukan bermaksud tidak boleh bergembira dan bersenda gurau ketika bersama].
Binalah persahabatan kita di atas dasar taqwa.
silakan membaca:
http://ikhwanmuslim.com/kaidah-dan-faidah/sahabat-sejati-adakah
Selepas menonton ini, wajarlah kita memuhasabah diri kita. Di manakah akhlak kita berbanding akhlak Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sebagaimana tercatat di dalam hadis-hadis baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Sila nyatakan di dalam ruangan komen di bawah: Apakah pandangan anda, seandainya baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam berada bersama kita sekarang, dan apa yang akan anda katakan kepada baginda sallallahu 'alaihi wassalam.
KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.
Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ?Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual? dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ?dunia seksual? seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.
Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
?Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ?buat selagi tidak mengandung?. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.
?Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ?enjoy dulu, nanti taubatlah?. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.
?Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,? katanya kepada Berita Harian.
Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ?ringan-ringan? seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.
Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ?mencurah minyak ke dalam api? yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.
?Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.
?Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.
?Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ?pemeriksaan fizikal? yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ?tanda? berkaitan.
?Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,? katanya.
Sumber: Link
Oleh Ustaz Abu Umair
Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.
diedit bahasa oleh Mohd Masri
Cinta kepada lawan jantina merupakan hal yang fitrah bagi manusia. Ini kerana sebab cintalah, kelangsungan hidup manusia boleh terjaga. Oleh sebab itu, Allah Ta’ala menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan kenikmatan bagi penghuni syurga. Islam sebagai agama yang sempurna juga telah mengatur bagaimana menyalurkan fitrah cinta tersebut dalam syariatnya yang rahmatan lil ‘alamin. Namun, bagaimanakah jika cinta itu disalurkan melalui cara yang tidak syar`i? Fenomena itulah yang melanda hampir sebahagian besar anak muda saat ini. Penyaluran cinta ala mereka biasa disebut dengan ‘coupling’. Berikut adalah beberapa tinjauan syari’at Islam mengenai ‘coupling’.
Ajaran Islam Melarang Mendekati Zina
Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isro’ [17]: 32)
Dalam Tafsir Jalalain dikatakan bahawa larangan dalam ayat ini lebih keras daripada perkataan ‘Janganlah melakukannya’. Ertinya bahawa jika kita mendekati zina saja tidak boleh, apalagi sampai melakukan zina, jelas-jelas lebih terlarang. Asy Syaukani dalam Fathul Qodir mengatakan, ”Apabila perantara kepada sesuatu sahaja dilarang, tentu saja tujuannya juga haram dilihat daripada maksud pembicaraan.”
Dilihat dari perkataan Asy Syaukani ini, maka kita dapat simpulkan bahawa setiap jalan (perantara) menuju zina adalah suatu yang terlarang. Ini bererti memandang, berjabat tangan, berduaan dan bentuk perbuatan lain yang dilakukan dengan lawan jantina kerana hal itu sebagai perantara kepada zina adalah suatu hal yang terlarang.
Islam Memerintahkan untuk Menundukkan Pandangan
Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jantina. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah kepada lelaki yang beriman : ”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS. An Nuur [24]: 30 )
Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman, “Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)
Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat pertama di atas mengatakan, ”Ayat ini merupakan perintah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang haram. Janganlah mereka melihat kecuali pada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat (iaitu pada isteri dan mahramnya). Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan daripada hal-hal yang haram. Jika memang mereka tiba-tiba melihat sesuatu yang haram itu dengan tidak sengaja, maka hendaklah mereka memalingkan pandangannya dengan segera.”
Ketika menafsirkan ayat kedua di atas, Ibnu Katsir juga mengatakan, ”Firman Allah (yang ertinya) ‘katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka’ iaitu hendaklah mereka menundukkannya daripada apa yang Allah haramkan dengan melihat kepada orang lain selain suaminya. Oleh kerana itu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh seorang wanita melihat lelaki lain (selain suami atau mahramnya, pen) baik dengan syahwat dan tanpa syahwat. … Sebahagian ulama lainnya berpendapat tentang bolehnya melihat lelaki lain dengan tanpa syahwat.”
Lalu bagaimana jika kita tidak sengaja memandang lawan jantina?
Daripada Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan, “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim no. 5770)
Faedah daripada menundukkan pandangan, sebagaimana difirmankan Allah dalam surat An Nur ayat 30 (yang ertinya) “yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka” iaitu dengan menundukkan pandangan akan lebih membersihkan hati dan lebih menjaga agama orang-orang yang beriman. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Katsir –semoga Allah merahmati beliau- ketika menafsirkan ayat ini. –Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menundukkan pandangan sehingga hati dan agama kita selalu terjaga kesuciannya-
Agama Islam Melarang Berduaan dengan Lawan jantina
Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini sahih lighairihi)
Jabat Tangan dengan Lawan jantina Termasuk yang Dilarang
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)
Jika kita melihat pada hadits di atas, menyentuh lawan jantina -yang bukan isteri atau mahram- diistilahkan dengan berzina. Hal ini bererti menyentuh lawan jantina adalah perbuatan yang haram kerana berdasarkan kaedah ushul “apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah haram”. (Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i)
Meninjau Fenomena ‘coupling’
Setelah paparan kami di atas, jika kita meninjau fenomena ‘coupling’ saat ini pasti ada perbuatan-perbuatan yang dilarang di atas. Kita dapat melihat bahawa bentuk ‘coupling’ boleh mendekati zina. Semula diawali dengan pandangan mata terlebih dahulu. Lalu pandangan itu mengendap di hati. Kemudian timbul hasrat untuk jalan berdua. Lalu berani berdua-duan di tempat yang sepi. Setelah itu bersentuhan dengan pasangan. Lalu dilanjutkan dengan ciuman. Akhirnya, sebagai pembuktian cinta dibuktikan dengan berzina. –Naudzu billahi min dzalik-. Lalu pintu mana lagi paling lebar dan paling dekat dengan ruang perzinaan melebihi pintu ‘coupling’?!
Mungkinkah ada ‘coupling’ Islami? Sungguh, ‘coupling’ yang dilakukan saat ini bahkan yang dilabeli dengan ’’coupling’ Islami’ tidak mungkin boleh terhindar dari larangan-larangan di atas. Renungkanlah hal ini!
Mustahil Ada ‘coupling’ Islami
Salah seorang dai terkemuka pernah ditanya, ”Sebelum nikah dahulu, apa sempat ber ’coupling’?”
Dengan diplomasi, si dai menjawab,”‘coupling’ seperti apa dulu? Kami dulu juga ber’coupling’, tapi ber’coupling’ secara Islami. Wah, bagaimana caranya? Kami juga sering berjalan-jalan ke tempat rekreasi, tapi tak pernah berdua-duaan. Kami juga tiak pernah melakukan yang bukan-bukan seperti ciuman, pelukan, apalagi –wal ‘iyyadzubillah- berzina.
Fenomena berfikir seperti itu, jelasnya bukan hanya milik si dai. Bahkan ramai kalangan kaum muslimin yang masih berpandangan, bahawa ‘coupling’ itu sah-sah saja, asalkan tetap menjaga diri masing-masing. Ungkapan itu ibarat kalimat, “Mandi boleh, asal jangan basah.” Ungkapan yang hakikatnya tidak berwujud. Kerana ber’coupling’ itu sendiri, dalam makna apapun yang difahami orang-orang sekarang ini, tidaklah dibenarkan dalam Islam. Kecuali kalau sekedar melakukan nazhar (melihat calon isteri sebelum dinikahi, dengan didampingi mahramnya), itu dianggap sebagai ‘coupling’. Atau setidaknya, diistilahkan demikian. Namun itu sungguh merupakan kekacauan istilah. Istilah ‘coupling’ sudah jelas difahami sebagai hubungan lebih intim antara sepasang kekasih, yang diaplikasikan dengan jalan berdua, jalan-jalan, saling berkirim surat, ber SMS riang, dan berbagai hal lain, yang jelas-jelas dimasuki oleh banyak hal-hal haram, seperti pandangan haram, bayangan haram, dan banyak hal-hal lain yang bertentangan dengan syariat. Bila kemudian ada istilah ‘coupling’ yang Islami, sama halnya dengan memaksakan adanya istilah, meneguk minuman keras yang Islami. Mungkin, kerana minuman keras itu di teguk di dalam masjid. Atau zina yang Islami, judi yang Islami, dan sejenisnya. Kalaupun ada aktiviti tertentu yang halal, kemudian di labeli nama-nama perbuatan haram tersebut, jelas terlalu dipaksakan, dan sama sekali tidak bermanfaat.
‘Coupling’ Terbaik adalah Setelah Nikah
Islam yang sempurna telah mengatur hubungan dengan lawan jantina. Hubungan ini telah diatur dalam syariat suci iaitu pernikahan. Pernikahan yang benar dalam Islam juga bukanlah yang diawali dengan ‘coupling’, tapi dengan mengenal ciri-ciricalon pasangan tanpa melanggar syariat. Melalui pernikahan inilah akan dirasakan percintaan yang hakiki dan berbeza dengan ‘coupling’ yang cintanya hanya cinta bualan.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kami tidak pernah mengetahui penyelesaian untuk dua orang yang saling mencintai semisal pernikahan.” (HR. Ibnu Majah no. 1920. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani)
Kalau belum mampu menikah, tahanlah diri dengan berpuasa. Rasulullah shallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk menikah, maka menikahlah. Kerana itu lebih akan menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, maka berpuasalah kerana puasa itu bagaikan kebiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnul Qayyim berkata, ”Hubungan intim tanpa pernikahan adalah haram dan merosak cinta, malah cinta di antara keduanya akan berakhir dengan sikap saling membenci dan bermusuhan, kerana bila keduanya telah merasakan kelazatan dan cita rasa cinta, tidak boleh tidak akan timbul keinginan lain yang belum diperolehinya.”
Cinta sejati akan ditemui di dalam pernikahan yang dilandasi oleh rasa cinta pada-Nya. Mudah-mudahan Allah memudahkan kita semua untuk menjalankan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Allahumma inna nas’aluka ’ilman nafi’a wa rizqon thoyyiban wa ’amalan mutaqobbbalan. [Muhammad Abduh Tuasikal]
http://buletin.muslim.or.id/akhlaq/cinta-bukanlah-disalurkan-lewat-’coupling’
